Sambungan daripada entry sebelum ni. .: Bahagian 1 : Kisah Perjuangan Nashif Bermula :.
Sampai di HKL (Institut Peadiatrik) dah ade team doctor yang tunggu ketibaan kami. Beberapa ketika selepas siap smue prosedur, datang seorang doctor incharge kes Nashif. Bagitau dalam pukul 10.00 pagi satu team akan buat x-ray untuk tengok keadaan Nashif, so kalau perlu pembedahan mungkin akan dilakukan. Aku rasa macam bermimpi bila doctor sebut pasal pembedahan, macam takde feel, macam takde ape-ape. Lepas beberapa ketika doctor bagitau Nashif memang perlu menjalani pembedahan yang dijadualkan pukul 3.00 petang. Masa ni mula la macam-macam bermain dalam kepala, hati mula gundah gulana. Mana taknya, buah hati yang berusia 6 hari akan terbaring di katil pembedahan, yang mana pelbagai kemungkinan akan terjadi. Yang paling aku takut, aku akan kehilangan dia. Sebelum pembedahan dijalankan, kami dipanggil pakar bius untuk diterangkan segala prosedur dan ada borang yang perlu kami tandatangani. Masih teringat kata-kata doctor tu, 'sekiranya anak puan tidak stabil, pembedahan akan diberhentikan serta-merta, segala bentuk bantuan/prosedure yang perlu akan diberikan serta-merta'.
Lebih kurang pukul 3.00 petang, nurse call bagitau Nashif dah sedia untuk ditolak ke dewan bedah dan kami diminta untuk mengiringi Nashif. Sampai di dewan bedah, doctor incharge untuk pembedahan tu tanya aku serba-sedikit (history taking rasenye). Aku gagal mengawal emosi, depan semua orang aku start menangis, gagal tahan sebak didada. Lebih kurang 6.00 petang Nashif dibawa naik ke wad, diletakkn di bilik depan sekali. Kemudian doc bagitau pembedahan berjaya dan didapati usus Nashif tak bersambung, kedudukannya terbalik. Menangis lagi... Ye, kelahiran cahaya mata kali ni penuh dengan tangisan.
Nashif operate hari Sabtu, hari Ahad (2/8/2015) aku terpaksa balik sebab suami dah start keja. Ikut kata doctor, sebolehnya kalau Nashif discharged, biarla terus balik ke rumah tanpa perlu singgah di Hospital Temerloh kerana takut berlaku komplikasi lain. Aku dan suami akur dalam terpaksa demi kebaikkan si kecil. Tak dapat dibayangkan masa tu nak tinggalkan Nashif di Kuala Lumpur, aku pulak di Pahang, tapi apakan daya, aku pasrah. Saat nak ucapkan selamat tinggal kat Nashif adalah saat yang paling menyedihkan, bercucuran air mata, kata-kata seolah-olah terlekat di kerongkong.
😭😭😭
Keadaan Nashif time ni ada mase stabil, ada masa tidak stabil. Nashif pernah diletakkan dalam baby cot, diturunkan daripada inkubator tapi dimasukkan semula ke dalam inkubator kerana suhu badan semakin turun. Daripada bilik belakang dihantar semula ke bilik depan kerana keadaan yang kurang stabil. Kami suami isteri hanya mampu datang seminggu sekali, hari jumaat paling dinanti kerana hari tersebut kami akan ke Kuala Lumpur untuk melawat Nashif.
Akhirnya saat yang dinanti tiba, nurse call aku dah boleh room-in dengan Nashif, dah boleh start ajar die menyusu direct, katil untuk aku pun dah disediakan. Alhamdulillah, walaupun sebelum-sebelum ni Nashif minum susu ikut wayar then guna syringe, dia tidak kekok untuk menyusu secara direct. Aku sempat bermalam di sana semalam, 24/8/2015 Nashif dibenarkan discharge dan continue follow-up di Hospital Temerloh.
Sekian, kisah Nashif di awal-awal kelahiran beliau. Insyaallah, kalau ada kesempatan aku update lagi ek kisah-kisah lain. Kisah Nashif tak berhenti setakat ni saje...hehehe....

TQ for reading...💘💘💘