Followers

14 Apr 2017

MAAF !!!

Assalamualaikum...

Maaf, ade entry yang belum dapat dipublishkan, terutama sambungan story Nashif tu...
Now tengah alami masalah line internet...

Maaf ye... 😐😐😐

7 Apr 2017

.: Bahagian 1 : Kisah Perjuangan Nashif Bermula :.


27 Julai 2015 - aku bagitau nurse yang Nashif ade muntah 2 kali malam tu. Nurse bagitau dekat doctor yang datang check baby...masa datang cek tu ambik bacaan gula sekali and result die rendah...tengahari tu jugak Nashif dihantar ke NICU...😭

28 Julai 2015 - Aku gi melawat Nashif kat NICU, aku diberitahu bacaan gula dah ok, cuma doktor nak pantau 24 jam, nak make sure tak muntah...so, tak boleh discharge lagi.

29 Julai 2015 - Aku dah boleh discharge, dengan penuh harapan aku pergi ke NICU untuk bawak Nashif balik ke rumah tapi tak kesampaian sebab Nashif muntah semula semalam. Aku macam blur macamana nak balik tanpa anak. Lepas habis waktu melawat aku balik, kalau ikut boleh stay kat NICU tapi time katil penuh, tambahan pulak aku czer.

30 Julai 2015 - Dalam perjalanan ke hospital aku dapat panggilan dari NICU, nurse bagitau doktor nak jumpa, aku ingat Nashif dah boleh discharge. Sampai NICU, doctor yang incharge dah tunggu, then explain keadaan Nashif. Time doctor bagitau keadaan Nashif lemah, kena transfuse komponen darah sebab proses pembekuan darah ade masalah (kalau tak salah bacaan platlet die rendah), buah pinggang seakan mengecut. Allah... menangis aku masa doc explain keadaan Nashif, tak kuat untuk aku terima berita daripada mulut doctor tu. Macam nak pecah dada bila dengar keadaan Nashif waktu tu. Part doctor cakap 'kami akan buat sehabis baik & harap mak ayah doakan yang terbaik untuk anak' aku dah rasa macam nak 'hilang' Nashif dah, tapi dalam hati doa tak putus agar semuanya baik. Doc bagi borang kebenaran untuk proses transfuse komponen darah tu, lepas doc explain semua, kami tengok Nashif, aku panggil 'adik, adik', die tak mampu nak buke mate, tapi aku nampak ade pergerakkan pada mata die. Aku dah tak peduli pada mata yang memandang, air mata pada masa ni memang tak berhenti...😢😢😢... 

31 Julai 2015 - Aku gi melawat Nashif petang sebab pagi tu asben kene masuk pejabat even tengah bercuti...sebaik kaki aku jejak lobi hospital, sekali lagi dapat panggilan daripada hospital and kali ni aku dah tak berharap macam sebelum ni. Seperti jangkaan aku, kali ni pakar kanak-kanak yang nak jumpa dan kali ni kami diberitahu Nashif mempunyai masalah berkaitan dengan usus dan akan dihantar ke HKL untuk menjalani pembedahan. Ya Allah...sekali lagi berita yang mengejutkan kami,  sekali lagi aku menangis, ujian lagi untuk si kecil ku sayang... Dalam pada masa yang sama dalam hati terdetik 'kenapa aku? Kenapa aku?' Tapi, mujur tak hanyut dalam kesedihan, ntah macamana 'another side of me' macam memujuk, ' Allah takkan menguji diluar kemampuan hambaNya'... Aku kembali tenang and dah boleh discuss dengan lebih lanjut pasal Nashif. Mula-mula aku dan suami memilih untuh menghantar Nashif ke Hospital Putrajaya or Serdang since dah pernah menetap disana jadi mudahla kalau nak buat semua urusan. Tapi pakar kanak-kanak mase tu bagitau kalau kami pilih hospital tu kemungkinan besar Nashif akan direfer ke HKL jugak and dia cakap kalau jadi kat anak die, HKL menjadi pilihan.

Jadi kami sepakat untuk hantar Nashif ke HKL, urusan berkaitan penginapan terpaksa kami biarkan dulu. Bukan takde sedara-mara kat KL or berhampiran tapi malas nak susahkan dieorang. So, Nashif akan dihantar ke HKL pada jam 6.00 pagi keesokkan harinya.

1 Ogos 2015 - Jam 3.00 pagi kami suami isteri bersiap-siap...terutamanya aku sebab nak dressing luka jahit operate...sebelum bergerak aku sempat berpesan pada anak bulus aku, pandai-pandai la cari makan sendiri sebab aku takde untuk beberapa hari. Aku tenung mata dieorang, dalam hati berbisik, doakan adik baby ye. Bunyi macam mengarut tapi entahla, dieorang pun aku dah anggap macam ahli keluarga aku sendiri. Dalam pukul 5.00 pagi kami bergerak ke hospital, sampai di NICU sebak dalam dada tengok nurse buat persiapan untuk hantar Nashif ke HKL. air mata tak berhenti mengalir di pipi. Aku naik ambulance, suami pulak gerak dulu ke HKL...

Bersambung....

.: Ahli Baru Yang Dah Lama :.

Assalamualaikum semua.... (^_^)

Lama tak update blog....hehehe....
Tiba-tiba datang 'angin' nak update blog...
Kali ni ingat nak share pasal 'ahli baru' tapi dah lama...hihihi...

Kisah 2 tahun Yang Lalu :

Alhamdulillah....tahun 2015 kami dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata lelaki... tapi dalam kegembiraan menerima kehadiran baru tu, terselit ujian kecil buat kami sekeluarga...

Anak ke-3 yang diberi nama Nashif lahir pada 26 Julai 2015, seberat 2.2kg, jam 9.01 malam...awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 19 Ogos 2015... Masa pregnant tu aku ade masalah air ketuban banyak or Polyhydramnious (rase betul dah ejaan tu), kene refer pakar O&G di Hospital Temerloh, then next appointment nak scan nak tengok lagi detail tapi tak sempat sebab aku dah bersalin pada 26/7/2015, appointment 31/7/2015. Nashif lahir pada usia kandungan 36 minggu 5 hari (borderline premature), lahir secara pembedahan (emergency) due to fetal distress. Bila mengandung or bersalin ni macam-macam boleh berlaku or unexpected...hehehe...macam aku ni laaa...dah cuba untuk bersalin normal last-last kene operate...hihihi...pengalaman baru tuuuu....memang gigil bila doc bagitau kene operate (actually...penah sekali tu, aku berdiri depan pejabat then terlintas kat fikiran aku 'rasenye kali ni kene operate')...entahla...pregnant kali ni banyak pulak main dengan instinct...bukan mintak yang bukan-bukan or yang tak baik tapi entahla....pengalaman operate???huuuu....okla...ni based on pengalaman aku sendiri...aku diberi bius separuh je...means aku sedar...aku boleh dengar ape yang doktor bualkan, rasa perut goyang-goyang...hehehe...

1st time aku tengok Nashif, sebijik macam Naufal...hehehe...lepas tu nurse bawak pergi Nashif...doktor sambung 'proses' aku...hehehe...nak dijadikan cerita, masa tengah 'proses' tu kaki aku dah terangkat, lepas doc tepuk, aku angkat semula...huhuhu...time tu aku rase macam lenguh...tak sakit pun, tapi entahla...lepas tu doc panggil doktor bius...dapatla aku sedut gas...bukak-bukak mate tengok asben aku ade kat sebelah sambil doc explain something...lepas siap procedure yang lain barula aku masuk wad...malam tu Nashif dah stay dengan aku... Susah nak menyusukan anak time ni sebab aku baring, flat je...bantal takde...lepas tu nak mengiring payah...mujur la nurse tolong set up posisi Nashif untuk menyusu...malam tu 2 kali Nashif muntah...muntah jernih je...aku dah mula rasa something... tapi mase tu aku try think positive la, maybe die kenyang sangat kot...

Pagi esokknye tu (27/7/2017) baru aku inform kat doctor pasal muntah, kebetulan doctor round cek bacaan gula baby...and time ni la semuanya bermula... Part ni aku buat entry lain ek....

TQ For Reading.....💖💖💖💖











© Templates reserved for : A Part Of My Life | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™