Followers

31 Oct 2011

Dah Selamat....

Hehehe..salam smue...jmpe lg dlm short entry...kih3x...

Based on tittle pn korang dh tau nk cite psl ape kn???cite nie pn dh kuar kt blog Kak Honeysour kite, so klu nk tau rajin2 la m'klik kt link tue...=)

Yerp,aku dh slmt melahirkan 2nd baby pd 23/10/11, jam 6.55ptg di spital putrajaya...baby boy s'berat 2.9kg...pic korang tgk kt blog kak honeysour kite je la ek...aku xbwk camera,xsmpt dh...hi3x...

Same mcm abg die jgk b'salin at 38w 4d tp nurse tu tulis 38w 5d...xkisah la...xnk kalah naufal junior nie...hi3x...

kla,full story nnt ek...terima kasih di atas doa2 kalian...cayang korang!!!

20 Oct 2011

Di Penghujung Rindu...Ehhh... Waktu


Hehehe....tinggal lbh kurang 13 hari je lagi.... perasaan???Neves jgk...tp neves die lain mcm...maybe sbb dh ade pengalaman kot...(^_^')...so far, perut mengeras je laa...dr mlm ke pg...tp alhamdulillah kt opis die behave je...he3x...false alarm org kate...

Mlm td pn same gak...kjp memulas2, kjp mengeras...sampai aku b'jln2 la dlm rmh tue...husband tnye 'dh nk b'salin ke?', aku jwb 'blm lg kot'...he3x...aku pn mcm keliru jgk...tu br gap 2thn...aku pakse gak baring sbb mate mmg ngantuk, alhamdulillah...dpt gak aku tdo...bgn tdo perut dh ok...cumeeee...
  • kaki belah kiri aku xleh nk lurus sbb ble try lurus sakit kt lutut - husband suh pusing ngadap die tp nk wat cmne xleh sbb lutut aku sakit...alih2x...die bgn tarik kaki aku slow2 bg lurus...tak penah kene lg sblm nie...1st time kene and in the same time aku dpt rase yang....
  • kaki/betis belah kanan cramp or org panggil simpul mengkarung kot...he3x...hoiii...mmg sakit laa...laki aku br nk lelap mate, t'jage smule...aku suh die urut...n die sendiri dpt rase yg tmpt cramp tue keras n urut slow2...2 kali aku kene cramp, lps die urut n aku try nk luruskan kaki, cramp lg...
Si abg dulu lahir mase 38w 4d...yg 2nd nie xtau la...same or die nk extend lame skit...he3x...jgn lame sgt dhla sayang oiii...org sekeliling dh b'tnye 'blm lg ke?'...aku jwb 'blm sambil sengih2'...he3x...ade yg tegur perut dh 'jatuh', tp aku tgk skit je br 'jatuh'...bg aku sampai ms die nk kuar nnt, die kuar laa...tunggu 'tanda2' b'salin je la...mase nopal dulu trn lendir+darah...yg nie stkt sakit2, aku hold dulu la...he3x...


19 Oct 2011

Perkembangan Fetus - 38w

tanganmata

Bolehkah anda mengetahui samada mengandung bayi lelaki atau perempuan? Satu petunjuk ialah saiz bayi anda - lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan. Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)

Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda? Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar - coklat, hijau atau biru - mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. 

18 Oct 2011

Di Mana Nilai Kemanusiaan???

  1. Kelar Bayi Dalam Asrama - Harian Metro Online
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

** hmmm...nthla...mase dgr dlm berita mlm td mcm xcaya je bdk perempuan tu bleh buat mcm tu...berani btl die tp berani tak b'tempat...xtau la ape hukuman yg die trime nnt...klu kt dunia die trime hukuman yg mungkin tak setimpal dgn ape yg die buat...xpe2...kt akhirat esk trime je la...


** 1 lg kt china klu xsilap, yg bdk kene gilis 2 kali tue...mcm ape nth org2 kt situ dok lalu-lalang n tgk je tanpa buat ape2...klu xsilap aku ade 18 org ms kejadian tue...ms tgk bdk tue kene gilis, masyaallah...mmg ngeri laa...nsb baik ade sorang makcik tlg bdk tue...tp aku rase klu kt M'sia xde kot jd mcm tue...xtaula kn...wallahualam...

4 Oct 2011

Kerap Hamil Jejas Tulang

WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.

MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.
Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. “Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya. Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa. Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula. Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.

MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.


Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang

“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang. “Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan. Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan. Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.


“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal. “Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.
Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

Sumber : Kosmo  
© Templates reserved for : A Part Of My Life | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™