Followers

23 Sept 2011

Dunia Sekarang....

PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.

Sumber : Harian Metro  
** speechless bile bace berita nie...meremang bulu roma...mula t'pk pasal anak-anak...kenapa manusia nie kejam sangat???2thn adalah sebesar anak aku si nopal tue!!!

**kesian bdk n family bdk tue...mesti trauma gler...Ya Allah...jauhkanlah perkara-perkara yang tidak baik dari anak-anak kami...(-_-)

3 comments:

  1. sedih baca cerita tu.. x sangka ada yg sanggup buat anak sekecil tu sampai macam tu sekali..

    semoga Allah lindungi keluarga kita semua dr perkara buruk hendaknya..

    ReplyDelete
  2. astaghfirullah...kenapalah sampai hati buat budak tu mcm tu sekali...

    semoga Allah menjauhkan kita semua drp malapetaka seperti ini...amin...

    ReplyDelete
  3. manusia skrg dah sama tahap macam binatang..sori to say mmg x pecaya kat lelaki skrg..mereka sgt teruk..otak letak kat kaki agaknye...so emosi bila tau pasal nie..my anak gegirl so ble ltak diri dlm family that girl mmg rase nak bunuh je org yg buat tue..

    ReplyDelete

© Templates reserved for : A Part Of My Life | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™