Followers

9 May 2017

.: Bahagian 2 : Kisah Perjuangan Nashif Bermula :.

Sambungan daripada entry sebelum ni. .: Bahagian 1 : Kisah Perjuangan Nashif Bermula :.

Sampai di HKL (Institut Peadiatrik) dah ade team doctor yang tunggu ketibaan kami. Beberapa ketika selepas siap smue prosedur, datang seorang doctor incharge kes Nashif. Bagitau dalam pukul 10.00 pagi satu team akan buat x-ray untuk tengok keadaan Nashif, so kalau perlu pembedahan mungkin akan dilakukan. Aku rasa macam bermimpi bila doctor sebut pasal pembedahan, macam takde feel, macam takde ape-ape. Lepas beberapa ketika doctor bagitau Nashif memang perlu menjalani pembedahan yang dijadualkan pukul 3.00 petang.  Masa ni mula la macam-macam bermain dalam kepala, hati mula gundah gulana. Mana taknya, buah hati yang berusia 6 hari akan terbaring di katil pembedahan, yang mana pelbagai kemungkinan akan terjadi. Yang paling aku takut, aku akan kehilangan dia. Sebelum pembedahan dijalankan, kami dipanggil pakar bius untuk diterangkan segala prosedur dan ada borang yang perlu kami tandatangani. Masih teringat kata-kata doctor tu, 'sekiranya anak puan tidak stabil, pembedahan akan diberhentikan serta-merta, segala bentuk bantuan/prosedure yang perlu akan diberikan serta-merta'. 

Lebih kurang pukul 3.00 petang, nurse call bagitau Nashif dah sedia untuk ditolak ke dewan bedah dan kami diminta untuk mengiringi Nashif. Sampai di dewan bedah, doctor incharge untuk pembedahan tu tanya aku serba-sedikit (history taking rasenye). Aku gagal mengawal emosi, depan semua orang aku start menangis, gagal tahan sebak didada. Lebih kurang 6.00 petang Nashif dibawa naik ke wad, diletakkn di bilik depan sekali. Kemudian doc bagitau pembedahan berjaya dan didapati usus Nashif tak bersambung, kedudukannya terbalik. Menangis lagi... Ye, kelahiran cahaya mata kali ni penuh dengan tangisan.

Nashif operate hari Sabtu, hari Ahad (2/8/2015) aku terpaksa balik sebab suami dah start keja. Ikut kata doctor, sebolehnya kalau Nashif discharged, biarla terus balik ke rumah tanpa perlu singgah di Hospital Temerloh kerana takut berlaku komplikasi lain. Aku dan suami akur dalam terpaksa demi kebaikkan si kecil. Tak dapat dibayangkan masa tu nak tinggalkan Nashif di Kuala Lumpur, aku pulak di Pahang, tapi apakan daya, aku pasrah. Saat nak ucapkan selamat tinggal kat Nashif adalah saat yang paling menyedihkan, bercucuran air mata, kata-kata seolah-olah terlekat di kerongkong.
😭😭😭

Keadaan Nashif time ni ada mase stabil, ada masa tidak stabil. Nashif pernah diletakkan dalam baby cot, diturunkan daripada inkubator tapi dimasukkan semula ke dalam inkubator kerana suhu badan semakin turun. Daripada bilik belakang dihantar semula ke bilik depan kerana keadaan yang kurang stabil. Kami suami isteri hanya mampu datang seminggu sekali, hari jumaat paling dinanti kerana hari tersebut kami akan ke Kuala Lumpur untuk melawat Nashif.

Akhirnya saat yang dinanti tiba, nurse call aku dah boleh room-in dengan Nashif, dah boleh start ajar die menyusu direct, katil untuk aku pun dah disediakan. Alhamdulillah, walaupun sebelum-sebelum ni Nashif minum susu ikut wayar then guna syringe, dia tidak kekok untuk menyusu secara direct. Aku sempat bermalam di sana semalam, 24/8/2015 Nashif dibenarkan discharge dan continue follow-up di Hospital Temerloh.

Sekian, kisah Nashif di awal-awal kelahiran beliau. Insyaallah, kalau ada kesempatan aku update lagi ek kisah-kisah lain. Kisah Nashif tak berhenti setakat ni saje...hehehe....

TQ for reading...💘💘💘





14 Apr 2017

MAAF !!!

Assalamualaikum...

Maaf, ade entry yang belum dapat dipublishkan, terutama sambungan story Nashif tu...
Now tengah alami masalah line internet...

Maaf ye... 😐😐😐

7 Apr 2017

.: Bahagian 1 : Kisah Perjuangan Nashif Bermula :.


27 Julai 2015 - aku bagitau nurse yang Nashif ade muntah 2 kali malam tu. Nurse bagitau dekat doctor yang datang check baby...masa datang cek tu ambik bacaan gula sekali and result die rendah...tengahari tu jugak Nashif dihantar ke NICU...😭

28 Julai 2015 - Aku gi melawat Nashif kat NICU, aku diberitahu bacaan gula dah ok, cuma doktor nak pantau 24 jam, nak make sure tak muntah...so, tak boleh discharge lagi.

29 Julai 2015 - Aku dah boleh discharge, dengan penuh harapan aku pergi ke NICU untuk bawak Nashif balik ke rumah tapi tak kesampaian sebab Nashif muntah semula semalam. Aku macam blur macamana nak balik tanpa anak. Lepas habis waktu melawat aku balik, kalau ikut boleh stay kat NICU tapi time katil penuh, tambahan pulak aku czer.

30 Julai 2015 - Dalam perjalanan ke hospital aku dapat panggilan dari NICU, nurse bagitau doktor nak jumpa, aku ingat Nashif dah boleh discharge. Sampai NICU, doctor yang incharge dah tunggu, then explain keadaan Nashif. Time doctor bagitau keadaan Nashif lemah, kena transfuse komponen darah sebab proses pembekuan darah ade masalah (kalau tak salah bacaan platlet die rendah), buah pinggang seakan mengecut. Allah... menangis aku masa doc explain keadaan Nashif, tak kuat untuk aku terima berita daripada mulut doctor tu. Macam nak pecah dada bila dengar keadaan Nashif waktu tu. Part doctor cakap 'kami akan buat sehabis baik & harap mak ayah doakan yang terbaik untuk anak' aku dah rasa macam nak 'hilang' Nashif dah, tapi dalam hati doa tak putus agar semuanya baik. Doc bagi borang kebenaran untuk proses transfuse komponen darah tu, lepas doc explain semua, kami tengok Nashif, aku panggil 'adik, adik', die tak mampu nak buke mate, tapi aku nampak ade pergerakkan pada mata die. Aku dah tak peduli pada mata yang memandang, air mata pada masa ni memang tak berhenti...😢😢😢... 

31 Julai 2015 - Aku gi melawat Nashif petang sebab pagi tu asben kene masuk pejabat even tengah bercuti...sebaik kaki aku jejak lobi hospital, sekali lagi dapat panggilan daripada hospital and kali ni aku dah tak berharap macam sebelum ni. Seperti jangkaan aku, kali ni pakar kanak-kanak yang nak jumpa dan kali ni kami diberitahu Nashif mempunyai masalah berkaitan dengan usus dan akan dihantar ke HKL untuk menjalani pembedahan. Ya Allah...sekali lagi berita yang mengejutkan kami,  sekali lagi aku menangis, ujian lagi untuk si kecil ku sayang... Dalam pada masa yang sama dalam hati terdetik 'kenapa aku? Kenapa aku?' Tapi, mujur tak hanyut dalam kesedihan, ntah macamana 'another side of me' macam memujuk, ' Allah takkan menguji diluar kemampuan hambaNya'... Aku kembali tenang and dah boleh discuss dengan lebih lanjut pasal Nashif. Mula-mula aku dan suami memilih untuh menghantar Nashif ke Hospital Putrajaya or Serdang since dah pernah menetap disana jadi mudahla kalau nak buat semua urusan. Tapi pakar kanak-kanak mase tu bagitau kalau kami pilih hospital tu kemungkinan besar Nashif akan direfer ke HKL jugak and dia cakap kalau jadi kat anak die, HKL menjadi pilihan.

Jadi kami sepakat untuk hantar Nashif ke HKL, urusan berkaitan penginapan terpaksa kami biarkan dulu. Bukan takde sedara-mara kat KL or berhampiran tapi malas nak susahkan dieorang. So, Nashif akan dihantar ke HKL pada jam 6.00 pagi keesokkan harinya.

1 Ogos 2015 - Jam 3.00 pagi kami suami isteri bersiap-siap...terutamanya aku sebab nak dressing luka jahit operate...sebelum bergerak aku sempat berpesan pada anak bulus aku, pandai-pandai la cari makan sendiri sebab aku takde untuk beberapa hari. Aku tenung mata dieorang, dalam hati berbisik, doakan adik baby ye. Bunyi macam mengarut tapi entahla, dieorang pun aku dah anggap macam ahli keluarga aku sendiri. Dalam pukul 5.00 pagi kami bergerak ke hospital, sampai di NICU sebak dalam dada tengok nurse buat persiapan untuk hantar Nashif ke HKL. air mata tak berhenti mengalir di pipi. Aku naik ambulance, suami pulak gerak dulu ke HKL...

Bersambung....

.: Ahli Baru Yang Dah Lama :.

Assalamualaikum semua.... (^_^)

Lama tak update blog....hehehe....
Tiba-tiba datang 'angin' nak update blog...
Kali ni ingat nak share pasal 'ahli baru' tapi dah lama...hihihi...

Kisah 2 tahun Yang Lalu :

Alhamdulillah....tahun 2015 kami dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata lelaki... tapi dalam kegembiraan menerima kehadiran baru tu, terselit ujian kecil buat kami sekeluarga...

Anak ke-3 yang diberi nama Nashif lahir pada 26 Julai 2015, seberat 2.2kg, jam 9.01 malam...awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 19 Ogos 2015... Masa pregnant tu aku ade masalah air ketuban banyak or Polyhydramnious (rase betul dah ejaan tu), kene refer pakar O&G di Hospital Temerloh, then next appointment nak scan nak tengok lagi detail tapi tak sempat sebab aku dah bersalin pada 26/7/2015, appointment 31/7/2015. Nashif lahir pada usia kandungan 36 minggu 5 hari (borderline premature), lahir secara pembedahan (emergency) due to fetal distress. Bila mengandung or bersalin ni macam-macam boleh berlaku or unexpected...hehehe...macam aku ni laaa...dah cuba untuk bersalin normal last-last kene operate...hihihi...pengalaman baru tuuuu....memang gigil bila doc bagitau kene operate (actually...penah sekali tu, aku berdiri depan pejabat then terlintas kat fikiran aku 'rasenye kali ni kene operate')...entahla...pregnant kali ni banyak pulak main dengan instinct...bukan mintak yang bukan-bukan or yang tak baik tapi entahla....pengalaman operate???huuuu....okla...ni based on pengalaman aku sendiri...aku diberi bius separuh je...means aku sedar...aku boleh dengar ape yang doktor bualkan, rasa perut goyang-goyang...hehehe...

1st time aku tengok Nashif, sebijik macam Naufal...hehehe...lepas tu nurse bawak pergi Nashif...doktor sambung 'proses' aku...hehehe...nak dijadikan cerita, masa tengah 'proses' tu kaki aku dah terangkat, lepas doc tepuk, aku angkat semula...huhuhu...time tu aku rase macam lenguh...tak sakit pun, tapi entahla...lepas tu doc panggil doktor bius...dapatla aku sedut gas...bukak-bukak mate tengok asben aku ade kat sebelah sambil doc explain something...lepas siap procedure yang lain barula aku masuk wad...malam tu Nashif dah stay dengan aku... Susah nak menyusukan anak time ni sebab aku baring, flat je...bantal takde...lepas tu nak mengiring payah...mujur la nurse tolong set up posisi Nashif untuk menyusu...malam tu 2 kali Nashif muntah...muntah jernih je...aku dah mula rasa something... tapi mase tu aku try think positive la, maybe die kenyang sangat kot...

Pagi esokknye tu (27/7/2017) baru aku inform kat doctor pasal muntah, kebetulan doctor round cek bacaan gula baby...and time ni la semuanya bermula... Part ni aku buat entry lain ek....

TQ For Reading.....💖💖💖💖











6 Apr 2017

Assalamua'laikum.....

Rindu sangat nak update blog....tapi masa tak berapa mengizinkan...
Banyak cerita nak dicoretkan, nak dikongsikan....
Walaupun takde orang nak bace...hahahaha....

Ada entry tu entry dari 2015 lagi, terpaksa edit tapi tak publish lagi...hahahaha... 😆😆😆

Insyaallah, nanti aku cuba update.... 
Ok, bye.....👋👋👋👋
© Templates reserved for : A Part Of My Life | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™